Thursday, July 28, 2005

sronok, sronok juGak.. ye tak?

Image hosted by Photobucket.com
oraits..kali ni takde laa hapdet pasal haku. nGeh nGeh..
tapi tertarik Gak kat forwarded email ni haa.. pasal AF.
[not that i have issues about it. hehe..] tapi just buat renunGan je laa.. mane tau berGuna untuk kita.


bak kata oranG tetua "yanG baik jadi teladan yanG buruk jadi sempadan. kan? kan?

but b4 dat, "heppi besday eQin..!! dah tua.. hahaha... tinGGal aku nGan woo je yanG ever younG.nGeeee..."

as copied from the forwarded email:

sama-sama kite renungkan.. read this article with an open mind dan ingat di mana kite ketike islam diperlekehkan?? Mohon izin dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua.

Pandangan Pertama (1)
Dahulu, Mawi seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya:
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: hendaklah mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat." (Surah An-Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib dan adabnya. Kini Mawi, qari yang sama, memerdukan dan menyaringkan nyanyian. Antara petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat. Aduhai ...lemah lembut gayanya...." (lagu penyanyi lama).Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)
Dahulu, Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak. Antara terjemahannya membawa erti "menuju kejayaan". Kini Mawi, bilal yang sama, menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak. Antara alunannya berbunyi "menuju puncak".
Pandangan Ketiga (3)
Memetik kata Mawi, "Dia mesti bertudung."Dengan petikan itu maka
(1) Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan,
(2) seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar Mawi,
(3) seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata, "Saya kalau nak komen Mawi mesti pakai tudung."Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini. Main-main dengan hukum Allah
Pandangan Keempat (4)
Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri dicaci,di mana kalian bersembunyi selama ini? Pandangan Akhir Saya tinggalkan kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama. Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus. Sambung mereka Arus Tsu-Mawi ini boleh menyebabkan kau mati! Akhirnya jawab saya, "Biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." lanh <----- [yanG ni aku kurenG paham. anyone care to comment?]

[ Telah diedit oleh:raudhatulmardhiah pada 20-07-05 23:11]

me personal comment:
a bit of hiburan tak salah. tok sah dok internalize la kot..

4 comments:

  1. er.... mawi tu apa? model baru keter perodua ke?

    faizull kenal la... ORANG KAMPUNG ROCK!!!

    hehhehe... mana tau pasal AF ni? sampai ke UK ke citer tu? ke abe bobi dok citer?
    hehhehehe...

    ReplyDelete
  2. ahaks.. kami dapat dlm email. faizull tu sapa lak kak tatty? ketinggalan laa kami ni.. huhu.. sib baik ada intenet. tau Gak sket2..

    ReplyDelete
  3. Faizull tu peserta Malaysian Idol musim ke-2. Budak melayu. tipikal melayu. orang kampung. very down to earth. suara dia, PEH! macam amy searh+awie dan rockers lain. memang besh. tapi ramai 'orang bandar' tak suka dia. atas alasan BI tak pandai. tah-apa-apanya-tah.

    ReplyDelete
  4. ohh.. i think i know.. yang orang baGi Gelaran 'rock kampunG' tu ekk.. memanG suara dia power wooo...

    ReplyDelete

saya yakin saya kunci komen ini..!!