Saturday, August 27, 2005

lawak slamber+sadis di kala cuti



adakah anda hantu biskut?hayati kisah tragis ini...

Cerita Yang Patut Dibaca dan Dihayati
Moralnya...!!!!

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang
ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

Seorang wanita di lapangan terbang KLIA sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan
membaca buku cerita.
Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
Alangkah tak malunya lelaki ni.....
dah la tak mintak dari aku....
makan sama banyak dengan aku pulak tu...

Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus
dengan perbuatannya.
Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu.
Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.
Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni.
Memang muka tak malu.
Pencuri besar .
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehinggapanggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai.

Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.
Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.....
Ya...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaanlelaki itu.
Alangkah malunya dia atas sgala tindakannya terhadap lelaki itu.
Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.


Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan

Moral 3: Sebelum org lain sempat ambik, cepat2 ambik dulu biskut yg last tu dan makan.

Moral 4 : Lain kali simpan biskut yang kita beli.. makan biskut orang dulu..

Moral 5 : Lepas makan biskut jgn lupe cuci tangan.

1 comment:

  1. sepet_kuku9:48 AM

    beskoottt!! cicah teh o panas sedappp..nyumnyumnyummm..lapo plakss... =p

    ReplyDelete

saya yakin saya kunci komen ini..!!