Saturday, October 15, 2005

12ramadHan [ Ct nGaji.. ]


assalamualaikum..
aaa.. paper snip nih aku hamik dari utusan online.

ma fave sinGer will be recitinG the Quran for the public soon. wow..

accordinG to the paper.. there's this younG ustaz, Ustaz Mohd Taha Hassan [24] teachinG siti how to recite Quran nur Karim. wow.. ustaz muda you.. even younGer than siti. ahaks..

"Siti bersyukur kerana dapat bimbingan daripada anak guru al-Quran terkenal. Walaupun ada sedikit kesukaran tetapi Siti seronok dapat menambah ilmu.

"Siti ambil masa hampir sejam untuk memperbaiki bacaan Siti sebelum rakaman program itu dimulakan.

"Selain itu, Siti juga hadapi sedikit masalah daripada segi tajwid dan harakat.

"Bagaimanapun Siti rasa puas walaupun cuma dapat belajar dua ayat dalam program ini,'' ujar Siti sewaktu ditemui selepas rakaman program itu di Cheras, Kuala Lumpur petang kelmarin.

"Siti boleh mengaji dengan baik. Dia tidak menghadapi masalah untuk melagukan atau melenggokkan sesuatu ayat itu mengikut hukum-hukum yang sudah ditetapkan.

"Cuma Siti perlu berlatih lebih lagi daripada segi makhraj iaitu bagaimana cara untuk menyebut huruf dengan betul.

"Siti juga ada sedikit kelemahan untuk memulakan bacaan, tempat berhenti atau istilahnya dipanggil wakof ibtida,''

well.. kita semua insan biasa. punyai kelemahan dan kelebihan. perGunakan lah kelebihan sebaik munGkin dan perbaikilah kelemahan itu..

No comments:

Post a Comment

saya yakin saya kunci komen ini..!!