Wednesday, May 31, 2006

bukti kekuasaan Nya.

hari ni ada 2 kelas.
kelas literature nGan dissertation.
masa kelas literature tu,
aku perhatikan rata-rata performance memember aku pada kadar yanG biasa.
maksud aku, memember aku [termasuk aku ar] boleh memberi pendapat denGan kritis dan kreatips :P
boleh pikir laGik ar. hehe.

tapi masa kelas dissertation,
nampak cam pemikiran terbantut.
sampai satu tahap bila lecturer tanya sesuatu,
semua oranG senyap.
adakah IQ telah menurun sebanyak 25% ?

myself pon..
aku denGar jek makcik lecturer tu dok tanya itu ini,
tapi otak takmo berkerjasama denGan mulut.
tak leh nak pikir apa apa.
sampai satu tahap kitoranG semua berpandanGan sesama sendiri pastu terGelak kat ke-blur-an memasinG.
dalam hati aku cakap..
"dah kenapa nGan aku ni.. aku rasa aku denGar apa yanG macik Liz cakap tadik. tapi tak reGister dalam otak plak.."

i see it as nikmat kurniaan akal itu adalah milik Allah.
sekilip mata Dia boleh buat kita berfikir denGan kritis.
dan kalau Dia mau, sepantas kilat boleh buat kita semua blur.
jadi, bersyukurlah denGan kebolehan akal untuk berfikir.
nGahah.

Sunday, May 28, 2006

thethingsido

nGahah. lama Giler aku tak update.
tapi takpe kan? kan? hehe.

almaklum laa. bila semakin menGhampiri summer,
kehidupan kucar kacir sikit.
usually, lepas solat isyak baru kehidupan aku benar benar bermula.
..which is around 12midniGht.
kalo tido lepas isyak, rasa cam tido kul 9mlm.
..selalu kat mesia, isyak time cam tu kan.
nak tido awal tak sampai hati plak.
kul 2.30paGi dah masuk subuh.
pendek cerita, memanG tido luar dari waktu kebiasaan ah.

______tapi tu semua takde kaitan sanGat nGan apa yanG aku nak citer hari ni.
kehkeh.

smalam aku gi sopinG-sopinG kat exeter
..if you can call that shoppinG that is.
saket kaki oo jalan.
walopon aku telah memakai kasut cap nike aku yanG mahal,
tapi kaki still sakit.
..kun fa ya kun.

kunun nak sopinG nak beli baranG bawak balik mesia ar.
..pelik memikirkan bila sopinG baranG nak balik mesia, akan masuk kedai yanG tak pernah pernah nak masuk seperti kedai perkakas dapur, kedai perabot, kedai bilik tido, etc.
tapi tatau ar apsal,
seteleh aku memerhati kan 2 sopinG spree yanG aku lalu,
nafsu kuda untuk membeli semakin berkuranG.
haip. what's wronG with me?

wooL, member aku, cakap maybe sebab aku cautious denGan cash flow aku kot.
umph. munGkin.
..munGkin tidak.
sebab aku tak kesah sanGat.
pasal aku dah put aside duit yanG bakal aku bawak balik mesia.
tapi still tak rasa nak sopinG macam Gadis Gadis yanG len.

semalam masa kat kedai baju aku buat benda keji.
aku tenGah tenGok tenGok satu jaket ni.
wooL pon ada.
tetibe jek ada soranG minah Gothic ni
..halah. yanG pakai celak tetebal, pierce sana sini, muka masam semacam tu.
tetibe jek dia berdiri bebetol depan kitoranG.
macam oranG psycho, dia pandanG je aku + jaket yanG aku tenGah cuba tu.
memula aku inGat sales Girl.
sebab dia tenGah peGanG banyak baju.
sebenar nyaaku takde keinGinan pon nak beli baju tu.
tapi wooL cakap, "leli, dia nak baju yanG ko pakai ar. janGan baGi. janGan baGi! :P "
maka aku pon cam jadik takut semacam.
aku bawak je baju tu, walopon aku takde niat nak beli.
masalah nye pompuan Gothic tu ikut aku plak..
sebijik cam stalker. takot sey.

lelama, aku + wooL lari ke bahaGian pakaian kanak kanak.
tak ikot plak dia.
bila nampak cam dia tak ikot,
aku letak jaket tu amonG pakaian kanak kanak.
nGahah.
bior dia tak jumpa.
:P :P :P :P
keji betol aku.
sape suh stalk aku.
aaa.

hehe.
tu je yanG aku nak citer ari ni.
sekian.

Friday, May 19, 2006

tak bek buat cam tu..

hari ni hari jumaat.
ada kelas macam biasa ar.
tapi hari ni aGak tak best.
sebab dapat result esaimen yanG lalu.

masalah nya.
dalam result tu takde markah + Grade.
yanG ada hanya feedback.
kenapa kah beGitu?

kalau koranG nak tau up-tO-date pasal education in UKays,
skaranG ni cikGu cikGi pensyarah pensyarah kat seluruh UKays ni tenGah moGok.
dioranG nak mintak kenaikan Gaji.
pasal Gaji dioranG ni dah turun 40%.
padahal tambahan beban kerja ada penambahan 140%.

kesian tu, kesian juGak laa kat depa.
tapi..
yanG kitoranG ni?

sebenar nya dari last week laGi dah denGar pasal hal ni.
tapi takde la nak merunGut.
sebab tak kena batanG hidunG sendirik.
tapi bila dah dapat balik esaimen tadi,
tenGok ruanG untuk isi markah tu kosonG jek..
huhu.

aku nak tau markah laa.
so that senanG nak kira pointer. hampeh la koranG ni..

pastu denGar cerita laGi, kalau benda ni berterusan dan dioranG tak dapat kenaikan Gaji,
kitoranG juGak yanG kena tempias.
bukan tempiaslaGi dah, tapi menyerupai tsunami.
pasal dioranG akan melenGahkan penGurniaan deGree kitoranG.

isk. ampeh X 1000.
sepatut nya school of education tak payah nak moGok.
sebab bukannya kerajaan UKays yanG bajar Gaji dioranG.
arGh. warGh. #£!?

entah la apa yanG nak jadi esok esok.
janGan sebab benda ni tersia pembelajaran selama 6 tahun dah laa..
T_T

Wednesday, May 17, 2006

hidup tak semudah 'undO' button.

nGaa. jumaat ni kena submit satu website sbaGai esaimen.
jadi, dalam masa seminGGu ni,
aku + memember banyak habiskan masa kat lab
atau pun kat depan PC.

purata jumlah masa yanG diGunakan untuk menenunG skrin PC adalah dalam
6jam sehari. o_O

dan kesan sampinGan sempena tenunGan yanG terlalu lama dah aku alami sebentar tadi.
ade ke patut?
aku nak alih kan 2 perabot dalam bilik aku.
pastu bila aku alihkan,aku rasa macam tak sesuai plak.
sambil aku tunduk terbonGkok,
entah kenapa dalam otak aku berfikir,
"emm. CTRL + Z je lah." *
what the ..
lalu aku ber-monoloGue laGi,
"wei wei. tu dalam kompiter je laa..!!"

*ctrl + z adalah shOrtcut untuk 'undo'.

isk. malu denGan diri sendiri.
otak dah mula buat peranGai macam-macam.
huhu.
cepat la berlalu minGGu ni,
aku nak pi naik kuda kat dartmOor..
T_T

Monday, May 15, 2006

tulisan hari ni

just thouGht of sharinG a few memOrable incidents tOday.
hek.

sebelum aku beranGkat ke kelas,
aku sinGGah sebentar kat perpustakaan.
pasal nak hantar buku yanG 'over-due'.
harapan laa kalo nak Gi ke perpustakaan untuk study.
huhu.
aku dah siap dah duit,
sebab dah tau dah kena bayar £2.25 [£0.75 X 3 T_T]

bila dah sampai kat kounter perpustakaan, aku pOn cam biasa la.
baGi buku kat makcik tu, pastu kuarkan duit.
makcik tu tenunG jek kat mOniter depan dia.
aku pOn tenunG jek dia.
apa hal nih.
dia Gi tanya soranG laGi makcik,
"isn't this a reGular book? why is it under the shOrt lOan?"
..yes. ada harapan aku jimat £2.25..!!
tapi bila makcik yanG soranG laGi tu jawab,
"err. nO. it just chanGed. just click on the... bla.. blaa.. yada.. yada.."
..maleh dah aku nak denGar. kena bayar juGak £2.25. *mencebik*

dah selesai prOses perbincanGan makcik-makcik yanG sedikit pOn tak membawa untunG kepada aku,
makcik tu baGi laa buku tu balik kat aku.
pasal aku nak re-new buku tu.
..aik. makcik ni tanak duit ke? huyeeh..!! tak yah bayar £2.25.
tetapi.. mulut ku ini rinGan + pantas berbicara.
"aaa.. do i have to pay fOr anythinG? *winkwink*"
"ahh. yes.. that will be £2.25."
"..."
*mencebik*

there Goes my £2.25. demmit.
aku seoranG yanG jujur, amanah dan fatOnah. [pinjam ayat faizOl]

Sunday, May 14, 2006

mama : my best friEnd

redup pandanGan mu yanG tidak ternilai.
lembut belaian mu serinGkali menGusap ubun ku.
setia ditemani mu tak menGenal lelah.
azimat kata-kata mu ku peGanG utuh.
mesra tawa mu ku rindui selalu.
sopan lanGkah mu inGin sekali ku miliki.


mama.
syurGa yanG haQiQi akan aku usahakan.
kerana inGin sekali bertemu mu di sana.










ma. silamat hari ibu [14may2006]

Friday, May 12, 2006

wanna tenG with me ? adeh.

adoi. adoi. adoi laa.
..kata aku semasa menuju ke rumah ecah maGhrib tadi.
pinGGanG aku, di bahaGian kiri dan kanan,
terasa senGal.
munGkin ini perasaan mak aku bila dia cakap sakit pinGGanG dok anGkat pasu bunGa.
sakit sey.

ni semua berpunca dari aktiviti riadah petanG tadi.
aku dipelawa oleh beberapa sahabat untuk bermain tenG-tenG.
memula aku macam tak berminat ar.
..alah. tenG-tenG? tak mencabar minda lanGsunG. apa baranG.
..baik aku Gi GojjinG tiGa pat raund. nGahah.
tapi sebab sahabat-sahabat itu berteGas mahu bermain tenG-tenG,
maka aku pun merelakan dalam paksa. uhuk.

ikut Giliran, dan aku adalah oranG terakhir.
Garisan tenG-tenG itu telah dilukis oleh mereka petanG semalam.
tapi aku baru petanG tadi menceburkan diri dalam career tenG-tenG ni.
memula aku menGanalisa permainan ini,
aku rasa sanGat mudah.
aku tenGok sahabat-sahabat aku pun macam mudah jek lompat sana sini.
selanG satu dua petak.
bila tiba Giliran aku, aku campakkan batu ke petak pertama.
dan membuat percubaan untuk melompat ke petak kedua.
*lompat* eh. eh. eh. *jatuh ke tepi*
aiyak. aku GaGal.
cis beGer betul. susah juGak rupanya.
dah lama tu, baru aku sedar yanG tempat kitoranG bermain itu di jalan tar yanG tidak rata.
senGet sebelah.
jadi, perlukan skill keseimbanGan yanG mantap supaya tak jatuh.

makin lama main tenG-tenG tu, aku jadik makin semanGat.
terasa makin mencabar.
ada sampai aku jatuh. luka tapak tanGan dek kerana tersaGat kulit kat jalan tar.
bukan jalan tunku abdul rahman ye.
adeh. cakit.

kaki aku pon rasa cam terkehel sket.
pasal masa melompat tu, banyak Guna kaki sebelah kanan.
sebab kaki sebelah kiri kuranG power berbandinG kaki kanan.
ehek.

balik dari bermain tenG-tenG,
aku tido 5 minit.
banGun je dari tido-tido kambenG itu,
terus aku rasa cam ada sesuatu yanG tidak best kat pinGGanG aku.
arGh..!! saket nya pinGGanG saya..!! tulun.

bila berjumpa denGan sahabat-sahabat sepermain tenG-tenG [..aku ada teman. teman sepermainan. pa.pa.pa~ :P]
dioranG pun nGadu senGal sana sini.
..oh. aku tidak keseoranGan rupa nya.

esok bila main tenG-tenG, kena buat warm-up dulu ah.
huhu.

nOtasi utk diri : sapa kata main tenG-tenG tak payah warm-up?! sapa? sapa?

nOtasi untuk sahabat-sahabat sepermainan[..teman sepermainan. pa.pa.pa~] :
koranG, aku malu nak nGaku tadi.
so aku nGaku kat sini je lah.
tadi adalah penGalaman kali pertama aku bermain tenG-tenG.
sekian.
arGh..!!
takpe. tak dosa pon :P
aku pernah tenGok kenGkawan masa kecik main,
tapi tak pernah lak terpikir nak main skali.
uhuk.
dah bebesar ni, dok buat deGree, baru laa nak main tenG-tenG.
huhuhu.

hoi. mencabar sey main tenG-tenG ni.
yanG jadik nya sakit pinGGanG tu sumer, nape tau?
pasal kitoranG tadi bukannya calanG-calanG lompat sana sini. [..tan sri. bukan jalanG-jalanG. calanG-calanG.]
lompatan averaGe adalah sejauh 1.5 meter [nOte: sbelah kaki jek].
dan rekod lompatan terjauh adalah sejauh 2.5 meter.
pepeperGh.
ko inGat ape?
aaa.

adeh. adeh.
mana minyak yuyi cap limau aku ni.
*membuka botol minyak yuyi*
*satu bilik bau minyak yuyi*

sori aku lama tak apdet.

Saturday, May 06, 2006

mad dogs + english men


















sem ni kat skolah kena blajar literature.
[ ! weak spot alert ]
oh. aku sanGat GaGal bab bab literature T_T
sib baik takde exam macam kat ipba dulu.
kalo tak, harapan laa nak merasa pass pon.
huhu. tulun. tulun. tolonG saya.. [versi sG sudah.]

buku buku cerita yanG kena baca kat ipba dulu tu,
satu pon aku tak pernah habis kan.
aku bebal.
kalo nak kena wat presentation,
aku hanya baca bahaGian yanG aku nak kena present.
yanG lain, aku just denGar dari mulut memember aku.
stakat ni lom fail la :P
nGaa. aku bebal.
oleh itu aku harus berbuat sesuatu denGan kebebalan aku.
oh ya.
nasib baik juGak aku ni cikGu skolah rendah.
tahap literature nya tak buat aku tertekan sanGat.

tapi aku akan pastikan aku sampai ke tahap averaGe [tarGet yanG tak minimum lanGsunG].
nanti takde plak mak bapak yanG nak antar anak dia kat skolah aku.
huehuehue.

ish.buat pe laa nak literature ni.
koranG tau tak. salasilah literature ni,
ialah pada zaman zaman oranG dah tak tau nak buat apa.
masa tu semua oranG cam ada telalu banyak masa terluanG.
sebab tu dioranG ada masa nak menulis, menGaranG cun cun,
melukis.. dan seGala form of art appreciation.
literature sak. literature sak.
ops.

baik lah. itu saja.
..sekian. salam telenovela vennezuella salmonella.

Tuesday, May 02, 2006

cautiOn : muntahan perasaan.

malam yanG emosi.

hari ni aku takde issue semasa yanG nak dibincanGkan.
atau apa-apa perkara yanG menarik.
hari ni aku nak memuntahkan perasaan aku dalam bloG aku ni.
jaranG sekali aku buat camtu kan?
so kalo koranG rasa koranG tak hinGin nak amik tau pasal perasaan aku , sila baca postinG yanG lain jek.
hehe.
atau koranG leh just berenti kat sini.
__________________________daia. lupakann yanG lain.







*tanGan aku kaku tanpa menaip apa apa*
*idle hands*
...
dear bloG,
dah 2 dekad + 2 tahun aku hidup.
menGhirup udara pemberian allah.
berjalan sana sini di atas bumi ciptaan allah.
kenapa hari ini aku rasa macam aku sanGat useless.
'useless' seperti mana yanG tracy anak ayah pin pernah cakap kat kitoranG dulu.

sunGGuh banyak benda yanG aku dah buat.
tapi dalam banyak banyak benda yanG aku dah buat tu,
apakah nilai nya di sisi pencipta alam ini?
Gosh. aku sunGGuh kerdil.

aku rasa macam nak kembali ke zaman zaman dulu,
buanG mana mana perkara yanG aku tak patut lakukan,
isi kan balik denGan perkara perkara yanG akan menGkaya kan akaun aku di sana esok.

aku hanya mau memperbaiki diri aku.
biar lah hari hari esok yanG akan datanG ni,
aku manfaatkan sebaik munGkin.
laGi pun, nyawa ini hak allah.
entah esok lusa, entah malam satGi,
sapa tau bila aku akan kembali pada pencipta aku.

tapi aku berdoa
supaya umur aku dipanjangkan
supaya aku ada chance nak berbakti pada mak aku.
pada mak aku. pada mak aku.
pada abah aku. pada adik aku. dan alonG.
supaya dapat mendidik + berkonGsi ilmu denGan anak anak didik aku nanti.
...
dulu masa zaman zaman sekolah,
asyik pikir pasal cinta jek.
cinta. cinta. cinta.
padahal, pada usia yanG sebeGitu muda,
aku tak kenal apa kejadah nya cinta itu.
sebok nak mencari cinta.
ish. malu sey. malu lah denGan diri sendirik.

munGkin proGram syahadatul-haQ last weekend betul betul menampar aku.
adeh. terima kasih ya allah.
kerana menyusun hidup aku sebeGini.
aku sanGat bersyukur denGan perjalanan hidup aku yanG sebeGini.
tak ramai yanG dapat merasa nikmat mu.
tak ramai yanG dapat merasa rezeki pemberian mu ini.
ujian yanG telah dan akan berikan hanyalah bermakna yanG kau sayanG pada aku.

aku. aku hanya inGin menjadi yanG lebih baik.
peGanG amanah denGan sebaik munGkin.
teman, tulun aku ok?
kita jadi teman terhebat.
huyeeeh.

aaaaahh.
i feel better.
ok lah. nak Gi tulun supir Gi wat kek pisanG.
malam malam emosi sperti ini best Gak layan kek pisanG.
wonderful toniGht juGak tu.
ok lah.
terima kasih kerana sudi membaca muntahan perasan aku ini.