Friday, October 26, 2007

citer horror : be alert . perhatikan sekelilinG

aku amek dari koleksi ribuan forwarded email aku.




Kisah Benar-Penangan Rumah Mayat

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang
hidupnya!
Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca
doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat
semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang
melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan
jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg
menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang
dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut
gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan
Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat.
Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju
ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah
nasibku ini," aku mengeluh...

Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja
juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit
teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air
tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan
sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku,
terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan
badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt."

Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke
stesyen dan ada di kamar mandi.

Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3
minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt". Tetapi kini, diikuti
dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan
perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih
ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung
seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat
"PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...

Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke
atas.....


***PERHATIAN!!!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer,
kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

Sila scroll ke bawah...

> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
> > > >>
>>

Lalu aku tertawa sendiri...
"Cilaka punya perfume dispenser" buat suspend jerrrrrrrr...

No comments:

Post a Comment

saya yakin saya kunci komen ini..!!